Sunday, 18 November 2012

Mari Kita Fikirkan sejenak Bersama ...



















       Assalam....wbt...... Entry kali ini takde kena mengena dengan senjata2 yg admin jual ... tapi sekadar membuka minda untuk kita fikir2kan bersama ...... :-)


 Allah BerFirman dalam ayat 60 surah Al-anfal yang Bermaksud ;-

           " Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah , musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya . Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak dianiya(dan dirugikan) ."


Dalam ayat ini Allah SWT telah memberi garis panduan kepada kita agar melakukan persediaan untuk peperangan ... Yang mana Allah SWT menyuruh kita melakukan apa jua persediaan yg kita sanggupi ...... Hari ini 'Kita' di zaman dimana BaitulMaqdis ditawan Musuh Islam iaitu Yahudi Zionis dan sekutunya manakala wilayah2 Islam terus dikecamuk dihentam bagai oleh Musuh2 Allah SWT dan RasulNYA ... Dan sebagai umat Islam apakah persediaan 'kita' dihari ini bagi membela Islam dan wilayah2nya dan seluruh juzuk2NYA ?? Hari ini sudah ada yang bersuara sinis dengan mengatakan ilmu Bela Diri seperti Silat dan seumpamanya sudah tidak relevan lagi di zaman yg serba moden ini .....Lihatlah mentaliti Anak-anak muda yang semakin hilang arah tujuan ... Gejala sosial semakin menjadi-jadi .... masyarakat semakin hilang akhlaknya sehingga zahir segala kemungkaran di atas muka bumi ini ...... NauzubillahiMinZalik

Admin ingin memetik kata-kata Hikmah YM Ayahanda Ustaz Zainal Abidin Sintok ( Penasihat Paksi Malaysia ) ;-

" Satu Demi satu wilayah Islam berkubur tanpa nisannya ,
 Rundingan damai laksana wayang di pentas bangsawan ,

Suara-suara lantang hanyalah permainan silat yang sumbang ,

Penaklukan terjadi tanpa sebarang halangan menggalang ,

Barat akan terus membuli wilayah-wilayah Timur yang berkecamuk ,

Darat,laut dan angkasa sudah menjadi milik Bangsa-bangsa Bersatu,

Lima negara berkuasa Veto mencengkam kuku seluruh benua ,

Budaya Rimba menguasai segenap kehidupan di antarabangsa ,

Kemanisan dalam perpaduan telah hilang dari muka bumi ini ,

Perang Saudara bagaikan mengundang pergolakan dan bala ,

Tentera-tentera Pengaman yang kejam membedil wilayah bergolak ,

Rundingan damai adalah pakatan sulit pencerobohan terancang ,

Nyawa Umat Islam lebih rendah dari setitik minyak yang mentah ,

Kemerdekaan hanyalah ungkapan basi yang tiada erti makna ,

Persidangan Liga Arab cuma seperti Murai menunggu fajar ,

OIC hanya berdiri sebagai tugu dan patung-patung tidak bernyawa ,

Selagi Negara Islam tidak memiliki tentera-tentera bersekutunya sendiri ,

Pasti Nato dan Tentera Pengaman akan meguasai Pertempuran . "

Bagaimanakah nasib Umat Islam di hari yang akan mendatang .... Pembelanya pasti akan muncul mengikut Janji-NYA ..... tetapi apakah persediaan 'KITA' untuk menyambutnya ?? tepuk dada dan tanyalah selera masing2 ...

Parang Lading


Parang Lading Hulu Tanduk Kerbau = Rm 250.00

Parang Lading Hulu Tanduk Kerbau + Sarong Kayu Serian = Rm 450.00


^____^

Friday, 11 May 2012

Untuk Sebarang Tempahan


Kepada Para Pengunjung

Assalam, buat masa ini tiada stok senjata  di blog Kedai Senjata Melayu Warisan Berzaman ... jika ada  stok senjata nanti pihak admin akan postkan ...... harap maklum .... :)

Wednesday, 9 May 2012

Berkenaan Tempahan

Assalamualaikum buat pengunjung blog Kedai Senjata Melayu Warisan Berzaman , buat masa ini segala senjata tiada stok kat kami lagi ..Sold Out .... kami di sini lebih tumpukan kepada tempahan Pedang , Kerambit dan Golok ... Alhamdulillah , tempahan yg diterima juga terlalu banyak , biarlah Tukang menyiapkannya dengan tenang bagi mencapai kualiti yg terbaik ... bagi yg berminat silalah letak no.fon untuk pihak kami follow up anda sekiranya terdapat stok ...

Tuesday, 8 May 2012

Pisau lapah


Pisau Lapah ... hulu dan sarong kayu serian ... Rm 250

Jika berminat hubungi ;-

wan - 0176933619
syahid - 0173406916
angah - 0147248248

Kerambit ulu Tanduk


Kerambit

- hulu diperbuat dari tanduk .
- sarong dari kayu kemuning .
- Mudah digunakan .

Harga Rm 120.00

Berminat hubungi ;-

wan - 0176933619
angah -0147248248
syahid - 0173406916

**sila letakkan no.fon anda untuk kami follow up .